Monday, October 11, 2010

sekarang dah pukul 1 kat sini, lebih kurang pukul 5 kat malaysia, dari beza zon waktu, korang mesti dah boleh teka kat zon mana aku sekarang ni, kat sini le aku bermastautin sekarang. korang pernah dengar kod E untuk food additive tak...? kod ni le yang kecoh kat dunia islam sekarang ni, sebab kod E ini adalah kod yang diberikan oleh negara eropah untuk kategori food additives dalam produk makanan yang ada kat dunia ni.... bila mula tersebar email dari seseorang yang dikenali sebagai Dr Amjad khan, maka riuh rendah dunia islam masa kini. aku telah diarahkan untuk menyediakan jawapan kepada persoalan dari email ini, yang di forwardkan ke jabatan aku, maka bertungkus lumuslah aku menggali maklumat, menyelak buku dan makalah, berteleku menghadap jurnal dan belayar didunia tanpa batasan aka internet. Maka aku pun berhasil meyediakan jawapannya yang pada kiraan aku relevan pada persoalan yang timbul sambil menekankan peranan jabatan aku dalam mengawal permasalahan seperti ini. Secara ringkasnya apa yang nak aku kongsikan disini, kita hanya perlu memberikan perhatian kita kepada kod E400-499 dan E500-599. Kod siri 400 dan 500 ni sebahagian besarnya bersumberkan haiwan dan adakalanya tumbuhan. Aku nak cerita sket pasal kod siri E400 ni, kategori penambah makanan ni adalah emulsifier, thickener dan sebagainya adalah bersumberkan lemak haiwan dan gelatin. Bila aku kata lemak haiwan bukan bermaksud lemak haiwan yang terus ditambah dalam produk makanan tapi setelah proses, ada antaranya adalah uraian dari asid lemak. PERSOALAN sekarang haiwan mana tu..... perlu diingat label hanya mengatakan sumber haiwan atau tumbuhan, TAK ADA MENTIONED babi atau lembu ka... disini umat islam kena berhati-hati, disini perlunya undang-undang di tegakkan supaya setiap produk boleh dikesan susur galurnya hingga ke punca. TETAPI masalah.... sebab undang-undang seperti ini agak sukar di kuatkusasakan... kenapa aku cakap macam tu.... untuk mengwujudkan undang-undang berkenaan, sistem perlu ada, dokumentasi dari pihak pengeluar mesti mempunya sistem supaya traceablity tu jelas.... tapi untuk penguatkuasaannya.... tu yang menjadi masalah, bila tiba bab penguatkuasaan ni, masalah kos akan timbul, storage kos la..., kos penyemakkan la.... kadang-kadang analisis saintifik diperlukan, perlukan masa, kos lagi tu.... on and on dan sampai satu tahap bila kos terlalu mahal.... KOW TIM....

Dalam bab sumber haiwan ni, satu lagi isu timbul..... kalau kata sumber haiwn tu lembu... lembu sembelih secara syariah ke.... hah satu lagi nak kena jawap.... maka balik semula ke traceabilty.... on and on..... sampai ke sudah tak akan selaesai permasalahan ni.... so, soalan aku sekarang apa nak buat...? NETWORK BRO..... negara islam besar.... ada yang kaya lagi.....

No comments: