hari ini seperti juga hari-hari yang lainya, aku datang, aku bekerja dan seperti hari-hari lain juga, aku akan balik pukul 3 petang, aku akn ke restoran india menjamah menu harian aku (ayam goreng + nasi putih + kari.... 5 bulan direct aku isi perut aku dgn menu ni..), lepas makan on my way balik aku singgah berjemaah asar di masjid (kebetulan masjid terletak dijalan pegi balik aku ke pejabat), habis solat aku balik ke rumah........ aku berjalan kaki saja, jarak antara rumah ke ofis 500m, so dalam sehari aku berjalan lebih kurang 1 km, kalau nak di ikutkan dari sudut ilmu kesihatan, aktiviti aku ni memungkinkan aku tergolong dikalangan mereka-mereka yang sihat tubuh badan dan mempunyai peluang yang tinggi untuk hidup lama... hhmmm yeke...? kalau kata dalam masa aku berjalan pergi balik tu aku kena langgar kerata.... hmmmm... so perkiraan logik manusia mmg chnace aku nak hidup lama tinggi, sementelah aku ni tidak merokok, nisbah berat badan kepada tinggi aku excellence.... tapi kalau Pencipta kata aku mati umur 37, aku jadi mayat juga.... (umur aku skg 36 tahun 11 bulan 21 hari....)
aku kerap kali terfikir apa yang membezakan kita dari haiwan lain dari segi fizikal. tahukah kita semua yang jumlah gene (dalam biologi adalah kod arahan untuk jadikan kita ni manusia) antara kita manusia ni (dalam 20000 gene) sama saja jumlahnya dengan tikus..... tapi kita dengan tikus alamak tuan, jauh beza tu....
saiz genome manusia lebih kurang dalam 3.2 billion dan tikus pulak 2.7 billion.....
lebih dari 90% genom manusia tak diketahui fungsinya, maka dinamakan junk (tiada berguna), begitu juga dgn tikus....... so nampak tak.... yang bezakan manusia dgn tikus genomically adalah 500 juta jujukan tu.... yang tergolong dalam kategori junk. kategori ni jugalah yang sejak kebelakangan ni saintis perasaan berfungsi sebagai regulator.... regulator inilah yang menentukan cara mana gene itu di susun atur utuk jadi kita atau tikus.......
No comments:
Post a Comment