Wednesday, October 20, 2010

boring

dah lima bulan aku berada dinegara orang ni, beribu batu jauhnya dari kampung halaman, adakalanya mahu saja aku pack segala barang2 aku, pergi ke Airport dan balik saja ke kampung, aku akan jadi penganggur terhormat, duduk, tidur, melepak menghabiskan boreh mak ayah aku. Aku terfikir balik asal mula aku kemari, sanggup pula aku tinggalkan jawatan selesa aku di tanahair, atas alasan memperkayakan khazanah ilmu didada disamping memperkayakan poket aku ni... (seperti orang lain, aku cukup sedar akan hakikat situasi ekonomi tanahair yang menjadi penyebab utama aku kemari).....

hari ini seperti juga hari-hari yang lainya, aku datang, aku bekerja dan seperti hari-hari lain juga, aku akan balik pukul 3 petang, aku akn ke restoran india menjamah menu harian aku (ayam goreng + nasi putih + kari.... 5 bulan direct aku isi perut aku dgn menu ni..), lepas makan on my way balik aku singgah berjemaah asar di masjid (kebetulan masjid terletak dijalan pegi balik aku ke pejabat), habis solat aku balik ke rumah........ aku berjalan kaki saja, jarak antara rumah ke ofis 500m, so dalam sehari aku berjalan lebih kurang 1 km, kalau nak di ikutkan dari sudut ilmu kesihatan, aktiviti aku ni memungkinkan aku tergolong dikalangan mereka-mereka yang sihat tubuh badan dan mempunyai peluang yang tinggi untuk hidup lama... hhmmm yeke...? kalau kata dalam masa aku berjalan pergi balik tu aku kena langgar kerata.... hmmmm... so perkiraan logik manusia mmg chnace aku nak hidup lama tinggi, sementelah aku ni tidak merokok, nisbah berat badan kepada tinggi aku excellence.... tapi kalau Pencipta kata aku mati umur 37, aku jadi mayat juga.... (umur aku skg 36 tahun 11 bulan 21 hari....)

aku kerap kali terfikir apa yang membezakan kita dari haiwan lain dari segi fizikal. tahukah kita semua yang jumlah gene (dalam biologi adalah kod arahan untuk jadikan kita ni manusia) antara kita manusia ni (dalam 20000 gene) sama saja jumlahnya dengan tikus..... tapi kita dengan tikus alamak tuan, jauh beza tu....

saiz genome manusia lebih kurang dalam 3.2 billion dan tikus pulak 2.7 billion.....

lebih dari 90% genom manusia tak diketahui fungsinya, maka dinamakan junk (tiada berguna), begitu juga dgn tikus....... so nampak tak.... yang bezakan manusia dgn tikus genomically adalah 500 juta jujukan tu.... yang tergolong dalam kategori junk. kategori ni jugalah yang sejak kebelakangan ni saintis perasaan berfungsi sebagai regulator.... regulator inilah yang menentukan cara mana gene itu di susun atur utuk jadi kita atau tikus.......

Monday, October 11, 2010

sekarang dah pukul 1 kat sini, lebih kurang pukul 5 kat malaysia, dari beza zon waktu, korang mesti dah boleh teka kat zon mana aku sekarang ni, kat sini le aku bermastautin sekarang. korang pernah dengar kod E untuk food additive tak...? kod ni le yang kecoh kat dunia islam sekarang ni, sebab kod E ini adalah kod yang diberikan oleh negara eropah untuk kategori food additives dalam produk makanan yang ada kat dunia ni.... bila mula tersebar email dari seseorang yang dikenali sebagai Dr Amjad khan, maka riuh rendah dunia islam masa kini. aku telah diarahkan untuk menyediakan jawapan kepada persoalan dari email ini, yang di forwardkan ke jabatan aku, maka bertungkus lumuslah aku menggali maklumat, menyelak buku dan makalah, berteleku menghadap jurnal dan belayar didunia tanpa batasan aka internet. Maka aku pun berhasil meyediakan jawapannya yang pada kiraan aku relevan pada persoalan yang timbul sambil menekankan peranan jabatan aku dalam mengawal permasalahan seperti ini. Secara ringkasnya apa yang nak aku kongsikan disini, kita hanya perlu memberikan perhatian kita kepada kod E400-499 dan E500-599. Kod siri 400 dan 500 ni sebahagian besarnya bersumberkan haiwan dan adakalanya tumbuhan. Aku nak cerita sket pasal kod siri E400 ni, kategori penambah makanan ni adalah emulsifier, thickener dan sebagainya adalah bersumberkan lemak haiwan dan gelatin. Bila aku kata lemak haiwan bukan bermaksud lemak haiwan yang terus ditambah dalam produk makanan tapi setelah proses, ada antaranya adalah uraian dari asid lemak. PERSOALAN sekarang haiwan mana tu..... perlu diingat label hanya mengatakan sumber haiwan atau tumbuhan, TAK ADA MENTIONED babi atau lembu ka... disini umat islam kena berhati-hati, disini perlunya undang-undang di tegakkan supaya setiap produk boleh dikesan susur galurnya hingga ke punca. TETAPI masalah.... sebab undang-undang seperti ini agak sukar di kuatkusasakan... kenapa aku cakap macam tu.... untuk mengwujudkan undang-undang berkenaan, sistem perlu ada, dokumentasi dari pihak pengeluar mesti mempunya sistem supaya traceablity tu jelas.... tapi untuk penguatkuasaannya.... tu yang menjadi masalah, bila tiba bab penguatkuasaan ni, masalah kos akan timbul, storage kos la..., kos penyemakkan la.... kadang-kadang analisis saintifik diperlukan, perlukan masa, kos lagi tu.... on and on dan sampai satu tahap bila kos terlalu mahal.... KOW TIM....

Dalam bab sumber haiwan ni, satu lagi isu timbul..... kalau kata sumber haiwn tu lembu... lembu sembelih secara syariah ke.... hah satu lagi nak kena jawap.... maka balik semula ke traceabilty.... on and on..... sampai ke sudah tak akan selaesai permasalahan ni.... so, soalan aku sekarang apa nak buat...? NETWORK BRO..... negara islam besar.... ada yang kaya lagi.....

Saturday, October 9, 2010

Aku tak pasti dah berapa lama aku abaikan blog ni... Dulu mula-mula aku wujudkan blog ni cuma sekadar nak tumpang sekaki, ye lah bila masing-masing sibuk dengan blog, aku pun nak juga, tapi orang ada pengisianya (walaupun kadang-tak ada isipun) aku pulak hampeh... Tapi sekarang ni aku dah jauh diperantauan. Dihujung-hujung minggu macam ni, hidup jadi bosan, sementelah kawan tak berapa nak ramai, maka tadi aku bawa diri ke sebuah mall, aku tengok wayang, cerita devil garapan m night syamalan. Synopsis dari aku... Menarik dan boleh tahan, tapi aku rasa pengarah ni dah mula hilang sentuhan, seolah-olah bagai dah kekeringan idea.

Coretan blog ni aku lakarkan dari blacberry, jadi ketangkasan jari aku agak terbatas, al maklum butung huruf kecik, natu pun kecik juga, mesti ada silap disana sini, cuma tinggal lagi pengunjung tetap blog ni tak lain tak bukan diri sendiri, semua kesilapan tu jadi tak penting. Malam kat sini dah makin panjang, musim sejuk sudah mula menggamit. Sedia je la...