Sunday, August 2, 2015

lama benar dah aku tak menulis di blog ni... terlalu lama... tiba2 hari ini, ketika di makmal dan hari bekerja pulak tu, terpanggil la aku untuk coretkan sesuatu di kajang blog ni... tak banyak nak aku tulis, it is just someting warming me up, maybe, just maybe it will warm enough for me to keep writing..... beberapa perkara nak aku ulas pertama, suasana politik malaya, in essence, i don like it... definitely dont like it. Apa yg najib buat memang horrendous... tapi ye la.. siapa la aku ni... dok terpekik terlolong, bukit kat situ juga teguh berdiri, tambah pulak aku melaung dari nun 5000 km away from putrajaya... semasa kenduri kahwin adik aku April lepas, sehari sebelum kenduri, waktu kami berkampung, duduklah kami beramai2 sambil2 pekena bihun goreng, teh tarik special Pn Fadhilah.... terkeluar la isu 1MDB ni, during that time, aku dah ada sedikit sebanyak pengetahun pasal 1MDB ni.... masa isu ni terpacul over the bihun goreng, most of them surrounding the meja tak siap ni... orang kampung... orang tua... you know those people yang hanya menghabiskan masa masing mengisi masa tua.. masa pencen... masing2 nak tau apa binatang 1MDB yg satu malaya dok hiruk kan tu... so aku was just cleared my throat and start explaining in the most easiest way for the laymen can possibly understand. and they understood (fuh... nasib baik) then hujung tu mak aku sound.. "long esok kenduri jangan sebut apa2 pasal ni.." well aku faham maksud mak... this is negeri sembilan bang... now pasal orang arab, kadang2 orang panggil bangsa tahi unta, hari ni aku dah grasp the idea kenapa gelaran tu hanya utk mereka... memang bangsa tahi unta... Nabi Muhammad S.A.W, meghabiskan sebahagian besar masa baginda membina umat yg satu ni.... baginda berjaya, macamana pun, sejaarah tetap sejarah, ia akan berulang, yang naik akan turun, hakikat bila panduan yang satu ditolak ketepi... bila objective hidup mula ke dunia semata.... so bangsa tahi unta ni kembali semula ke zaman sebelum datangnya rasul kita.... so sad siapa saja yang pernah or sedang berkhidmat di sini,the only thing that keep the here.... sabar... selagi mana sabar dapat bertahan... aku tak mau berhujah panjang pasal bangsa nan satu ni... cuma agak mushkil bila bangsa melayu sibuk benar dgn pakaian ala ala bangsa tahi unta ni... come on... simbol bangsa je tu.... pakai la apa pun nak pakai... just tutup aurat... and sopan... tk perlu nak ikut jadi bangsa tahi kambing deee

Saturday, October 12, 2013

lama juga dah aku tak menulis ke dalam blog bertuah ni, diam tak diam dah lebih 3 tahun dah aku menetap di Abu Dhabi ni, more than a year bersama isteri aku.... all in all, semenjak berdua ni, hidup aku lebih terurus, makan berjaga... well, my other half is good in cooking, really good,sampai satu tahap aku kena disiplin kan diri ini jangan makan terlalu byk, umur dah jejak 40 ni bro... kalau tak kawal mau mengembang... apa nak kata, darah keturunan aku semua ada sejarah darah tinggi, sakit jantung, barah bagai.... then aku kena take extra precaution and try at any cost to avoid all these.... lagi dua hari kita semua bakal menyambut hari raya haji, dan tahun ni, seperti juga tahun lepas, raya haji aku sambut di perantauan albeit cuti umum di UAE seminggu full..... actually mmg hasrat aku pun nak balik bercuti, tapi somewhat as policy di abu dhabi ni, cuti umum raya haji hanya akan diumumkan 3 hari sebelum bercuti, it turned out the public holiday is full week.... damn... dalam masa tiga hari, bersilat mencari tiket yang still available ke Malaysia, and it turned out NONE, root melalui doha none, through colombo none, through hong kong none, through dubai of course out, muscat out, in the end here i am, with my lovely wife, staying here in abu dhabi celebrating the eid.... apa la aku nak buat seminggu ni.... my wife dah mula berkira2 nak masak apa raya nanti ni, tanya aku, aku pun tak tahu, at last decided nak buat nasi himpit dengan kuah kacang, boleh la... raya korban di middle east lebih meriah berbanding raya puasa, i raised this question to one of the local arab here, and all he said was "look at the takbeer brother, eid al feter just until fajr, while the adha will be three days, logically which of these more likely to be celebrated ceremoniously...." well bro you got your point there. takbir raya kat sini tak macam Malaysia yg syahdu bagai... here the takbeer will be like going for war... the semangat, dgn keras suara, pendek kata kalau beraya kat sini, tak ada masa nak bergenang air mata....

Saturday, April 14, 2012

sudah berdua

hari ini 15 april 2012... genap seminggu aku hidup berdua di bumi Abu Dhabi ni. Setelah berhempas pulas, akhirnya berjaya juga aku selesaikan urusan visa kemasukan isteri aku ni. Tak berlengah, terus saja aku terbang balik Malaysia untuk menjemputnya. Seminggu aku di Malaysia, sempat juga menghabiskan masa di Langkawi bersama keluarga mertua aka honeymoon kali kedua utk aku suami isteri hoh hoh...

all in all, langkawi is indeed a very nice place to visit and i strongly recommend to any of you to come and enjoy this pristine island as for me, myself, i really enjoy it. oh.. one other thing, kalau nak pergi, try datang di luar peak season, cuba elakkan cuti sekolah (kepada parents dgn anak bersekolah tu, well, there is nothing i can do...)

waktu waktu luar peak season ni, kita senang sikit nak bergerak (tak jam di jalanraya, tak packed di tourist point) dan yang paling penting, kereta sewa murah kaw kaw.

aku pergi dgn flight, naik di LCCT (aku tak suka sebut nama ariline ni... sebab the way they promote their flight fare is dubious and deceptive.. no wonder they have been sued in Australia). aku sampai di langkawi dalam pkl 2, terus aku cari kereta sewa, asalnya diorang suggest VIVA, RM100 utk 3 hari... wow aku kata... tapi bila aku kata aku datang ni berlima, takkan nak putar stering VIVA je... semput ma... lantas dia suggest honda city baru at RM180... without hesitation, aku terus je sambar... sampai luggage pun aku lupa nak ambil...

sampai je kereta aku apa lagi... sumbat luggages dalam boot, masuk and ready to rumble... tup tup bila aku tenung kat petrol indicator... ZERO tu bai.... siap menyala lampu amaran tu... hampeh... berkerja pulak aku mengagau sekitar padang mat sirat tu cari petrol station.... hampeh lagi....

to cut a long story short. aku jumpa juga la petrol station somewhere near airport tu... cuak la juga.. mana tau, kalau kalau mati enjin tengah jalan, haru aku ma.... mak ayah mertua aku dah tua, tak kan nak suruh cinta hati aku tolak kot (sayang bini ma...) adik ipar aku perempuan.... alahai...

aku isi petrol 50, penanda aras petrol 3/4 tangki start enjin terus ke hotel check in... i have to rush then... perut keroncong dah...

aku check in di meritus pelangi, pantai cenang, memang aku saja pilih pantai cenang sebab utk pengetahuan semua, di langkawi, pantai cenang is a happening place, day and night, and i specifically choose this place over others....

3 hari aku kat sini, everybody happy tapi kadangkala mak mertua aku kelihatan sedih, ye la.. aku nak angkut anak dia ke abu dhabi, hati ibu mana yang tak sedih...

well, aku dan isteri dah selamat pun di abu dhabi ni, sebagai langkah utk memujuk hati isteri supaya tidak gundah gulana, aku bawa dia jalan2 di sekitar abu dhabi, mybe next week aku ke dubai pula....

Thursday, June 9, 2011

Dalam beberapa minggu yang lalu, aku berkenalan dengan seseorang, sweet, periang, dan buat pertama kali sejak aku tinggalkan bumi Malaysia, hari aku berlalu ceria. hmmm.... kalau dulu pernah aku coretkan rutin perjalanan hidup aku yang..... well, boleh aku katakan senantiasa sama setiap hari, jalan yang sama aku lalu untk ke pejabat, jalan yang sama juga aku lalu untuk pulang, menu yang sama aku sumbatkan ke mulut (kari... kari... kari...), cuma last time aku tulis di blog ni, kali ni rutin aku bertambah satu..... aku dah mula pergi gym, setiap hari.... :)

kenapa aku pergi gym..... hmmm, pertama, aku tak ada tv, so aku tak ada saluran hiburran utk aku isi ketika aku berada di rumah, ke-dua, actually aku pun tak tahu akan sebab sebenar kenapa aku pergi gym, cuma pada suatu hari tatkala aku dalam perjalanan balik, entah kenapa waktu tu aku pilih jalan lain, dalam perjalanan ternampak gym yang kebetulan terletak dalam laluan aku tadi, dan entah kenapa juga tiba2 hati aku tertarik untk masuk kedalam gym tu.... then aku pun masuk.

facilities yang ada dalam gym tu mmg serba lengkap, malah tak keterlaluan kalau aku kata lebih baik dari mana2 gym yang pernah aku lawat ketika di Malaysia dulu, tak lama aku terpacak depan pintu tu (waktu tu aku cuma jengok dari luar je... pintu kaca automatik kunci dari dalam, kena guna cap cari utk unlock pintu tu, pendek kata, for members only), datang le penjaga gym a.k.a salah seorang instructor gym berkenaan, greeting aku baik punya, bukakan pintu, jemput aku masuk... dan soalan dia yang pertama.... "how do you like it...... our facilities...."

hmmm.... pelajaran pertama utk tarik pelanggan, jangan terpa untk guna perkhidmatan kita, tanya pendapat pelanggan dulu dgn apa yang kita ada.....

aku perhati keliling..... sambil anggukan kepala.... impressed le tu konon2nya... belum sempat aku jawab, "well sir, take your time, look around...", okay, aku looked around... memang impressive, habis look around, aku terus ke kaunter then tanya, "okay i have one question.... i like this gym, but you should know that i am completely amateur, i have no experience whatsoever in gym at all.... do you have instructor or someone to guide me......", "of course we do sir..... i am one of them", okay, aku tanya lg"look at my structure..." sambil aku depangkan tangan tunjuk frame body aku yang kurus ni" can i turn this into something like ..... yours" sambil aku tunjuk ke badan dia.... hehehe.... memang bdan mamat tu mantap beb..... brother tu gelak, "of course you can.... so long you stick to the routine, you will achieve much more than this...."

So aku keluarkan wallet aku, bagi kad kredit, dan signed up untuk 6 bulan, terbang 1200 Dirham... huhu....

pelajaran kedua dalam perniagaan, kalau nak jual sesuatu, kena kita tahu produk kita tu...... kualiti yang terpaksa aku sebut disini, tak ada dalam peniaga melayu kita...... hmmmm

bermulalah rutin baru aku, pergi gym, pam besi, brother tu guide aku, susun jadual, latihan apa yang kena buat, hasilnya...? well, sekarang kalau tak berbaju tepi pantai, tak le malu sgt heheh....

Wednesday, October 20, 2010

boring

dah lima bulan aku berada dinegara orang ni, beribu batu jauhnya dari kampung halaman, adakalanya mahu saja aku pack segala barang2 aku, pergi ke Airport dan balik saja ke kampung, aku akan jadi penganggur terhormat, duduk, tidur, melepak menghabiskan boreh mak ayah aku. Aku terfikir balik asal mula aku kemari, sanggup pula aku tinggalkan jawatan selesa aku di tanahair, atas alasan memperkayakan khazanah ilmu didada disamping memperkayakan poket aku ni... (seperti orang lain, aku cukup sedar akan hakikat situasi ekonomi tanahair yang menjadi penyebab utama aku kemari).....

hari ini seperti juga hari-hari yang lainya, aku datang, aku bekerja dan seperti hari-hari lain juga, aku akan balik pukul 3 petang, aku akn ke restoran india menjamah menu harian aku (ayam goreng + nasi putih + kari.... 5 bulan direct aku isi perut aku dgn menu ni..), lepas makan on my way balik aku singgah berjemaah asar di masjid (kebetulan masjid terletak dijalan pegi balik aku ke pejabat), habis solat aku balik ke rumah........ aku berjalan kaki saja, jarak antara rumah ke ofis 500m, so dalam sehari aku berjalan lebih kurang 1 km, kalau nak di ikutkan dari sudut ilmu kesihatan, aktiviti aku ni memungkinkan aku tergolong dikalangan mereka-mereka yang sihat tubuh badan dan mempunyai peluang yang tinggi untuk hidup lama... hhmmm yeke...? kalau kata dalam masa aku berjalan pergi balik tu aku kena langgar kerata.... hmmmm... so perkiraan logik manusia mmg chnace aku nak hidup lama tinggi, sementelah aku ni tidak merokok, nisbah berat badan kepada tinggi aku excellence.... tapi kalau Pencipta kata aku mati umur 37, aku jadi mayat juga.... (umur aku skg 36 tahun 11 bulan 21 hari....)

aku kerap kali terfikir apa yang membezakan kita dari haiwan lain dari segi fizikal. tahukah kita semua yang jumlah gene (dalam biologi adalah kod arahan untuk jadikan kita ni manusia) antara kita manusia ni (dalam 20000 gene) sama saja jumlahnya dengan tikus..... tapi kita dengan tikus alamak tuan, jauh beza tu....

saiz genome manusia lebih kurang dalam 3.2 billion dan tikus pulak 2.7 billion.....

lebih dari 90% genom manusia tak diketahui fungsinya, maka dinamakan junk (tiada berguna), begitu juga dgn tikus....... so nampak tak.... yang bezakan manusia dgn tikus genomically adalah 500 juta jujukan tu.... yang tergolong dalam kategori junk. kategori ni jugalah yang sejak kebelakangan ni saintis perasaan berfungsi sebagai regulator.... regulator inilah yang menentukan cara mana gene itu di susun atur utuk jadi kita atau tikus.......

Monday, October 11, 2010

sekarang dah pukul 1 kat sini, lebih kurang pukul 5 kat malaysia, dari beza zon waktu, korang mesti dah boleh teka kat zon mana aku sekarang ni, kat sini le aku bermastautin sekarang. korang pernah dengar kod E untuk food additive tak...? kod ni le yang kecoh kat dunia islam sekarang ni, sebab kod E ini adalah kod yang diberikan oleh negara eropah untuk kategori food additives dalam produk makanan yang ada kat dunia ni.... bila mula tersebar email dari seseorang yang dikenali sebagai Dr Amjad khan, maka riuh rendah dunia islam masa kini. aku telah diarahkan untuk menyediakan jawapan kepada persoalan dari email ini, yang di forwardkan ke jabatan aku, maka bertungkus lumuslah aku menggali maklumat, menyelak buku dan makalah, berteleku menghadap jurnal dan belayar didunia tanpa batasan aka internet. Maka aku pun berhasil meyediakan jawapannya yang pada kiraan aku relevan pada persoalan yang timbul sambil menekankan peranan jabatan aku dalam mengawal permasalahan seperti ini. Secara ringkasnya apa yang nak aku kongsikan disini, kita hanya perlu memberikan perhatian kita kepada kod E400-499 dan E500-599. Kod siri 400 dan 500 ni sebahagian besarnya bersumberkan haiwan dan adakalanya tumbuhan. Aku nak cerita sket pasal kod siri E400 ni, kategori penambah makanan ni adalah emulsifier, thickener dan sebagainya adalah bersumberkan lemak haiwan dan gelatin. Bila aku kata lemak haiwan bukan bermaksud lemak haiwan yang terus ditambah dalam produk makanan tapi setelah proses, ada antaranya adalah uraian dari asid lemak. PERSOALAN sekarang haiwan mana tu..... perlu diingat label hanya mengatakan sumber haiwan atau tumbuhan, TAK ADA MENTIONED babi atau lembu ka... disini umat islam kena berhati-hati, disini perlunya undang-undang di tegakkan supaya setiap produk boleh dikesan susur galurnya hingga ke punca. TETAPI masalah.... sebab undang-undang seperti ini agak sukar di kuatkusasakan... kenapa aku cakap macam tu.... untuk mengwujudkan undang-undang berkenaan, sistem perlu ada, dokumentasi dari pihak pengeluar mesti mempunya sistem supaya traceablity tu jelas.... tapi untuk penguatkuasaannya.... tu yang menjadi masalah, bila tiba bab penguatkuasaan ni, masalah kos akan timbul, storage kos la..., kos penyemakkan la.... kadang-kadang analisis saintifik diperlukan, perlukan masa, kos lagi tu.... on and on dan sampai satu tahap bila kos terlalu mahal.... KOW TIM....

Dalam bab sumber haiwan ni, satu lagi isu timbul..... kalau kata sumber haiwn tu lembu... lembu sembelih secara syariah ke.... hah satu lagi nak kena jawap.... maka balik semula ke traceabilty.... on and on..... sampai ke sudah tak akan selaesai permasalahan ni.... so, soalan aku sekarang apa nak buat...? NETWORK BRO..... negara islam besar.... ada yang kaya lagi.....

Saturday, October 9, 2010

Aku tak pasti dah berapa lama aku abaikan blog ni... Dulu mula-mula aku wujudkan blog ni cuma sekadar nak tumpang sekaki, ye lah bila masing-masing sibuk dengan blog, aku pun nak juga, tapi orang ada pengisianya (walaupun kadang-tak ada isipun) aku pulak hampeh... Tapi sekarang ni aku dah jauh diperantauan. Dihujung-hujung minggu macam ni, hidup jadi bosan, sementelah kawan tak berapa nak ramai, maka tadi aku bawa diri ke sebuah mall, aku tengok wayang, cerita devil garapan m night syamalan. Synopsis dari aku... Menarik dan boleh tahan, tapi aku rasa pengarah ni dah mula hilang sentuhan, seolah-olah bagai dah kekeringan idea.

Coretan blog ni aku lakarkan dari blacberry, jadi ketangkasan jari aku agak terbatas, al maklum butung huruf kecik, natu pun kecik juga, mesti ada silap disana sini, cuma tinggal lagi pengunjung tetap blog ni tak lain tak bukan diri sendiri, semua kesilapan tu jadi tak penting. Malam kat sini dah makin panjang, musim sejuk sudah mula menggamit. Sedia je la...