Wednesday, February 21, 2007


Mulai hari ini, aku akan lebih menumpukan penulisan aku kepada apa yang aku rasa aku pakar. Genetik....
aku sampai kerumah dalam lebih kurang pukul 6:30 petang. Aku parking kereta dekat stesen komuter UKM. kemudian komuter jadi pengankutan aku hari-hari ke pejabat. Hari ini aku dah mula bekerja, setelah bercuti panjang sempena tahun baru cina. Aku dari pejabat punya bergegas untuk samapi kerumah. Bukan apa aku sekarang ni sedang mengikuti siri dragon ball saluran 25 animax astro. Semalam adalah pertarungan antara goku dan cici, sambungannya hari ini, tu yang kalut tu. Berpenat aku meredah orang ramai berebut masuk ke train komuter, dalam perjalanan hujan pula lebat. Terdetik juga dalam hati, hujan lebat macam ni astro boleh dapat ke siaran. Ostro pula sekarang tengah sibuk promosi satelit baru dengan dakwaan tak akan terganggu pada hari hujan. Okay sedap sikit hati aku. Komuter pula padat. Tapi demi dragon ball semua tu aku anggap tak lebih hanya cabaran. Sesampai di stesen UKM jam dah 6:20, aku dah risau takut tak sempat, cepat-cepat aku kekereta, hidupkan enjin redah hujan terus balik. Dalam perjalanan hujan semakin lebat. Kereta aku pula jenis tidak ber 'Air-cond', tak boleh nak tutup tingkap rapat. Kalau tidak mau berkabus cermin kereta dibuatnya. Dalam bersusah payah aku meredah hujan akhirnya sampai juga aku rumah. Aku masuk simpan kasut capai remote TV dan Astro. terus on, tup-tup tak ada service. Segala penat lelah aku tadi hilang jadi angin. Apa punya Astro, kata satelit baru tahan hujan, dua kali lima rupanya. Dengan hati yang berat aku melangkah longlai ketingkat atas. Buka baju masuk bilik air...... Hajat.

Monday, February 19, 2007

Baru balik dari berjogging. Tempat jogging kegemaran, Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Kelebihan taman ni, paling dekat dengan rumah aku. Mudah dan tepat. Ya lah kalau dah ada tempat berlari dekat-dekat dengan rumah apa pula kerja aku nak mencari sampai ke taman tasik perdana sana. Sebenarnya jogging waktu petang dah menjadi amalan aku setiap hujung minggu. Sebaik saja solat asar aku terus sarung kasut hidupkan enjin kereta pandu terus ke taman. Buat warm-up sedikit lebih kurang, hayun kaki sejauh mana larat.

Sepanjang berlari, mata aku meliar perhatikan sekeliling. Perhatikan pohon-pohon kayu yang terjaga elok oleh pihak MPJ (untuk ini aku banyak berterima kasih kepada mereka), perhatikan burung-burung bebas berterbangan, hinggap dimana dirasakan perlu, dirasakan selamat dan banyak rezeki. Perhatikan sampah sarap yang bertaburan, ironiknya sampah paling banyak terkumpul bersebelahan tong sampah. Tahap ini aku masih tidak faham apakah yang bermain di otak fikiran orang Malaysia. Dimanakah silapnya sehinggakan mereka tidak tahu yang mana sikap yang dikatakan baik dan terpuji dan yang mana pula tercela. Kebanyakkan yang berkunjung ketempat-tempat seperti ini biasanya berkeluarga, mereka datang membawa anak-anak dengan harapan anak-anak ini dapat menikmati keindahan taman, menghayati kedamaianya, memahami bagaimana flora dan fauna berinteraksi didalam jalinan harmoni bahasa alam. Penat berjalan si ayah belikan si anak ais krim, oleh kerana anak masih terlalu kecil si ayah tolong bukakan bungkusan ais krim untuk si anak nikmati dan si ayah........ dengan wajah yang selamba genggam bungkusan ais krim tadi dan dengan gaya pro bola keranjang bidik ke tong sampah dan campak.... bungkusan melayang tepat mengenai tepi pada bukaan tong sampah dan melantun keluar keatas rumput.... si ayah kecewa dengan pretasinya sebentar tadi, mengeluh mengambil nafas panjang dan berlalu membawa kembali si anak bersiar, kali ini perhatian anak lebih tertumpu menikmati ais krim. Bungkusan tadi terbiar diatas rumput ditepi tongnya.

Tidakkah si ayah terfikir, si anak dalam sedap menjilat ais krimnya juga memerhatikan tingkah laku si ayah. Pada pandangan si anak yang naif ini apa saja si ayah lakukan, padanya benar belaka, sementelah tidak ada sesiapa disekeling yang ambil peduli. Pemerhatian ini lekat difikiran si anak, ayahku sudah cuba sedaya upayanya untuk memasukkan sampah itu ke dalam tongnya, tetapi apakan daya ayah, balingannya tersasar. Tapi tak apa sekurang-kurangnya sampah kena juga ke tong. Lain kali kalau di perbetulkan teknik balingan harus masuk.

Sunday, February 18, 2007

Lagi

kali kedua aku menulis. sedikit coretan perjalanan hidup aku hari ini, tak banyak, tak juga menarik tapi berbaloi juga aku lakarkan disini. Entah mimpi apa aku malam tadi, tiba-tiba adik ipar aku sms ajak main boling. Main boling, seingat aku kali terakhir aku lempar bola tu kalau tak silap tahun 2003. Tuh 4 tahun dah berlalu tu. Dulu aku tak lah sehebat mana, lempar sebola jatuh le juga paling tidak 5 pin sekali baling.

Tadi cuba juga le uji skill. kali pertama lempar, bola korner ke kiri, jatuh sebiji pin. Boleh la, kali kedua aku lempar, 2 pin jatuh. Riuh orang belakang. Apa yang diriuhkan tak tahu la pulak. Tapi adik ipar aku kata 4 tahun tak main gitulah hasilnya. Okay lah apa saja lah.

Blog ini aku tulis mungkin tidak sekerap sehari sekali. Dalam seminggu dua atau tiga kali boleh lah agaknya. Itupun kalau ada topik yang aku rasa sesuai. Aku ada tanya geng lab aku kalau-kalau aku boleh mention nama meraka di blog ini. Jawapan yang aku dapat "Farouk awak biasa dengar tak kalau nama orang tu keluar kemana-mana media tatapan umum, dia boleh disaman tau....". Baik, tak tak setuju lah tu. Cakap terus kan senang.

Aku sekarang tengah menumpukan pemikiran aku memahamkan teknik pengurusan dan analisis kewangan. Bagi seseorang yang berlatarbelakangkan akemik genetik seperti aku. Tajuk ni memeritkan juga. Tapi aku dah belanja dekat RM 100.00 untuk dapatkan buku yang berkenaan aku redah juga le. Setakat sekarang ini insyaAllah aku masih belum tersesat.

Thursday, February 15, 2007

Pengenalan

kali pertama mencuba menulis didalam blog ini. masih lagi tergapai-gapai tak tahu yang mana hujung yang mana pangkal. masih lagi diperingkat belajar. sudah menanam janji 
dihati berikan tempoh 30 hari blog ini pasti kan menarik.

masih lagi memikirkan tajuk yang serasa sesuai untuk dimuatkan kesini, serasa buat masa kini apa saja 
cerita boleh diisis.

aku nak dikatakan anti-gomen tidaklah sementelah menganggap tugas hakiki sebagai amanah kepada rakyat bumi bertuah ini.
disini didunia ku dari jam 8:00 ke 5:00 hanya ditemani dari kalangan mereka yang sama yang akan ku kongsi pahit manis hidup ini entah sampai bila.
mungkin esok mungkin selamanya sehingga malaikatul maut datang menjemput.